Ramadhan 2009 - 1431 Hijriah

Assalammualikum…

Ramadhan kini muncul lagi.. Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah untuk menikmati keberkatan ramadhan untuk kali ini.. Semoga kita terus dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah disamping berusaha menambah kelazatan beribadah dengan Allah S.W.T.

Untuk tahun 1431 hijrah kali ini disambut seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia. Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan untuk negara yang tercinta ini. Semoga Allah memberi pertolongan kepada orang yang berjuang mempertahankan negara ini demi mencari keredhaan Allah.

Dalam sambutan ramadhan di Malaysia dirasakan dengan penuh ketenangan tanpa kerunsingan.Alhamdulillah. Walaupun demikian kita hendaklah bersama-sama terus menjaga keharmonian negara ini..

Dalam adab berbuka puasa.. Jangan lah kita jadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan pembaziran.. Bukankah ramadhan ini adalah bulan untuk kita mengawal nafsu.. Banyakanlah bersyukur dan beribadah kepada Allah S.W.T.. Berbukalah dengan seadanya, jangan menurut hawa nafsu yang masih liar lagi… Pimpinlah nafsu kita semoga nafsu kita akan terus mengikut kata tuanya. Bukan tuanya yang mengikut kata nafsu…

- Sekian dari Ramadhan Crew SMTPJB 2009 -

Bersahurlah walaupun seteguk air

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.
BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Read the rest of this entry »

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa

1.Meninggalakan perkara2 mazmumah

Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum).”
Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894

2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia)

Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:

“Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ”

Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.

3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.

Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa).” -


Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.