|
BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN
JOHOR BAHRU
1. Pendahuluan
- Pada menjalankan kuasa yang diperuntukkan di dalam peraturan-peraturan (Disiplin Sekolah), 1959 Pelajaran, saya sebagai Pengetua Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru maka dengan ini ingin membuat peraturan yang dikuatkuasakan mulai 1 hb. Januari 2010 ke atas semua pelajar Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru.
- Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru. Punca kuasa berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas 9/1975 – Disiplin di Sekolah, Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid.
- Peraturan yang terkandung di dalam risalah ini haruslah dipatuhi oleh setiap pelajar sekolah ini.
- Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati melanggar mana-mana pe raturan ini akan dikenakan tindakan disiplin atau hukuman.
- Peraturan di dalam buku ini boleh dimansuhkan, dipinda dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan ke dalamnya. Kuasa melakukannya ini semua adalah terletak pada Pengetua.
2. Pemakaian
- Peraturan ini hendaklah dibaca, difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar sekolah ini.
- Kegagalan membaca dan memahami peraturan ini adalah merupakan satu kecuaian yang boleh dianggap sebagai satu kesalahan.
- Tiap-tiap kesalahan akan dikenakan hukuman.
3. Penguatkuasa
- Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.
4. Kuasa Menghukum
- Pengetua. (Mengikut Peraturan 4 SPI 9/1975 “Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid’).
5. Tatatertib
- Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam Buku Peraturan ini dan juga mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari masa ke semasa.
- Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan sekolah.
- Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan secara yang dapat dianggap ingkar perintah sekolah, guru, pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh Pengetua.
- Setiap pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan amalan-amalan yang terpuji seperti di dalam Lampiran D. Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat dianggap sebagai :
- Mencemarkan nama baik sekolah.
- Mencemarkan nama baik mana-mana individu.
- Melakukan perbuatan vandalisma terhadap sama ada harta sekolah atau harta orang perseorangan.
- Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.
- Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau kakitangan sekolah.
- Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu.
- Melakukan perbuatan menyeksa atau mengugut mana-mana individu.
- Berkelakuan tidak senonoh atau tidak sopan.
- Setiap pelajar hendaklah bersungguh-sungguh, berusaha memaju dan mengembangkan segala potensi diri seperti bakat, minat, kecenderungan dan kecerdasan.
6. Pakaian Seragam Sekolah Bagi Pelajar Lelaki
- Baju putih berkolar dengan lengan pendek atau panjang dari jenis kapas (cotton). Baju dari jenis ini kain kilat tidak dibenarkan. Singlet atau baju dalam berwarna putih yang tidak bercorak sahaja dibenarkan untuk dipakai. Kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar.
- Seluar panjang ‘olive green’ dengan potongan biasa / tidak berfesyen dan bukan dari jenis jeans. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sendat atau terlalu kecil atau terlalu besar kakinya. Buka lilitan seluar ialah 17-20 cm.
- Tali pinggang hendaklah dari jenis kanvas berwarna hijau dengan lebar maksimum 3 cm. Kepala tali pinggang hendaklah dari jenis biasa, tidak bersaiz besar dan berfesyen.
- Kasut hitam bertali dari jenis kanvas atau pvc dengan potongan biasa dan bukan ‘high cut’.
- Stokin hendaklah berwarna putih.
6.6 Tali leher sekolah hendaklah dipakai dengan kemas dan tidak terlalu singkat. Tali leher tidak boleh diubahsuai selain daripada yang asal.
6.7 Tandanama yang disediakan oleh pihak sekolah.
- Pakaian seragam pada hari Jumaat ialah baju Melayu putih, seluar putih, kain samping, songkok hitam, tandanama, kasut hitam dan stokin putih tanpa jalur. Baju hendaklah sentiasa dikancing. Tidak dibenarkan menggulung lengan baju.
7. Pakaian Seragam Sekolah Bagi Pelajar Perempuan
- Baju kurung teluk belanga dari jenis kain kapas (cotton). Pelajar hendaklah memakai baju dalam. Butang baju hendaklah dikancing.
- Kain sarung biasa berwarna biru muda bersusun tepi. Pelajar hendaklah memakai kain dalam yang melepasi paras lutut.
- Tudung mini telekung berwarna putih dan tidak bersulam berbentuk tiga segi 2 sama. Tudung hendaklah dilipat dengan kemas. Pelajar tidak dibenarkan memakai tudung terlalu pendek atau terlalu labuh. Anak tudung hendaklah berwarna putih.
- Kasut hitam bertali dari jenis kanvas atau pvc dengan potongan biasa dan bukan ‘ high cut’.
- Stokin hendaklah berwarna putih.
- Tanda nama yang disediakan oleh pihak sekolah.
- Pakaian seragam bagi pelajar perempuan bukan Islam ialah blaus putih, pinafore biru muda, tandanama, stokin putih tanpa jalur dan tali leher sekolah. Pinafore mestilah menutup lutut.
- Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian ketat, terlalu sendat, terlalu besar, terlalu labuh, atau terlalu singkat.
8. Masa Memakai Pakaian Seragam Sekolah
- Masa persekolahan tiap-tiap hari.
- Apabila menghadiri aktiviti-aktiviti yang disyaratkan memakai pakaian seragam sekolah oleh pihak penganjur.
9. Tali Leher
- Tali leher mestilah sentiasa dipakai :
- Pada hari persekolahan
- Semasa menghadiri kelas tambahan
- Semasa menghadiri majlis atau kegiatan yang diarahkan oleh Pengetua.
10. Pakaian Sukan dan Permainan
Apabila bersukan, menyertai permainan dan mengikut kelas Pendidikan Jasmani, pakaian berikut hendaklah dipakai :
- Pelajar Lelaki
Kemeja T putih sekolah atau kemeja T putih tanpa corak, ‘track bottom’ warna gelap ( biru tua atau hitam ), kasut hitam atau kasut sukan dan berstokin, T shirt hendaklah disisipkan ke dalam seluar.
- Pelajar Perempuan
Kemeja T putih sekolah atau kemeja T putih tanpa corak lengan panjang, ‘track bottom’ warna gelap ( biru tua atau hitam ), tudung hitam, anak tudung, kasut hitam atau kasut sukan dan berstokin. Pakaian pelajar perempuan bukan Islam ialah kemeja T putih sekolah atau kemeja T putih tanpa corak lengan panjang, ‘track bottom’ warna gelap ( biru tua atau hitam ), kasut hitam atau kasut sukan dan berstokin.
11. Pakaian Sewaktu Menghadiri Kelas Tambahan / Aktiviti Persatuan
Pakaian seragam sekolah atau pakaian sukan yang lengkap
Pelajar dibenarkan memakai pakaian seragam persatuan jika persatuan tersebut telah mempunyai pakaian seragam sendiri.
12. Pakaian Yang Dilarang
Pakaian berikut dilarang dipakai di dalam kawasan sekolah atau sewaktu menghadiri aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah:
12.1.1 baju atau seluar jeans
12.1.2 pakaian yang singkat atau ketat
12.1.3 seluar yang beraneka warna
12.1.4 pakaian yang menjolok mata
12.1.5 selipar
13. Kebersihan Dan Kesihatan Diri
Setiap pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri masing-masing
Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek dan disikat dengan kemas. Rambut depan tidak melebihi separuh paras dahi atau berjambul. Rambut belakang nipis , tidak sampai ke kolar baju dan separas dengan aras bawah telinga. Rambut tepi tidak menutup telinga dan tidak berjambang. Di bahagian atas tidak melebihi 6 cm panjang atau terlalu pendek atau botak. Potongan rambut tidak boleh berfesyen. Rujuk Lampiran B.
Pelajar tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai, jambang dan janggut.
Rambut pelajar perempuan bukan Islam hendaklah sentiasa kemas dan diikat jika melebihi paras bahu. Reben putih, hitam atau biru boleh digunakan.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih.
Kuku mestilah pendek, bersih, tidak berwarna atau diinai.
Pelajar tidak dibenarkan memakai atau membawa alat solek ke sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata berwarna gelap atau kaca yang berwarna. Penggunaan kanta lekap berwarna juga tidak dibenarkan.
Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai alat-alat solek barang perhiasan diri termasuklah perhiasan pada pakaian seperti ‘brooch’.
Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan kecuali jam tangan ( bukan emas ). Tidak dibenarkan memakai kopiah. Pemakaian songkok hitam dibenarkan.
Tali jam tangan yang berfesyen tidak dibenarkan. Pemakaian ‘hand band’ tidak dibenarkan.
14. Penggunaan Bilik Air dan Tandas
Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik air dan tandas.
Tandas dan bilik air hendaklah digunakan dengan cermat.
Pelajar dilarang membuang sampah atau apa jua bahan yang bukan sepatutnya ke dalam lubang tandas.
Air hendaklah digunakan dengan cermat. Sebarang kebocoran mestilah dilaporkan kepada guru bertugas dengan segera.
Paip air atau sumber air hendaklah ditutup setelah digunakan atau ketika tidak digunakan.
15. Penggunaan Telefon
Pelajar hanya boleh menggunakan telefon diluar waktu pengajaran dan pembelajaran formal.
Telefon bimbit tidak boleh dibawa ke dalam kawasan sekolah.
16. Penggunaan Alat Serta Kemudahan
Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah
Sampah hendaklah dibuang di dalam tong-tong sampah yang disediakan.
Dilarang berludah atau berkahak di kawasan kaki lima.
Pelajar tidak dibenarkan mengusik atau mengalih alat-alat pemadam api.
Pelajar hendaklah menggunakan segala kemudahan sekolah dengan cermat.
Surau dikhaskan untuk bersembahyang dan beribadat sahaja. Tidak dibenarkan tidur atau bermesyuarat tanpa kehadiran guru. Semua pihak hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan ketenteraman surau semasa sesuatu majlis diadakan.
Pelajar tidak dibenarkan membawa atau menyimpan apa jua bahan api.
Pelajar hanya dibenarkan menggunakan alat perakam suara untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
17. Penggunaan Kantin Sekolah
Waktu urusniaga kantin bagi pelajar ialah seperti berikut :
Pagi sebelum 7.20 pagi
Waktu rehat
Waktu balik
Pelajar hendaklah sentiasa beratur dan menjaga ketenteraman kawasan kantin sewaktu membeli makanan dan minuman.
Pelajar hendaklah sentiasa menjaga adab-adab makan sewaktu makan.
Letakkan bekas makanan dan minuman di tempat yang disediakan.
Semua sampah / plastik makanan / kotak minuman hendaklah dibuang di dalam tong sampah.
18. Penggunaan Dewan Sekolah
Dewan sekolah boleh digunakan untuk permainan, pementasan dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Kebenaran menggunakan dewan sekolah mestilah didapati terlebih dahulu daripada Pengetua melalui guru penasihat masing-masing. Pelajar-pelajar dan persatuan dikehendaki mematuhi jadual waktu penggunaan dewan yang disediakan.
Untuk kegunaan pementasan, kuiz, bahas dan ceramah, pengguna adalah bertanggungjawab mengemas kerusi-kerusi dan alat-alat pentas serta mengemas dan membersihkan dewan selepas digunakan. Pengguna tidak dibenarkan sama sekali merokok di dalam dewan sekolah.
Pelajar-pelajar dan persatuan yang menggunakan dewan sekolah dikehendaki mematuhi peraturan berikut :
Bertanggungjawab ke atas harta benda yang ada dalam dewan
Membersih dan mengemas dewan selepas digunakan
Tutup semua pintu dan kunci selepas digunakan
Padam lampu dan kipas selepas digunakan
Pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan lengkap apabila menghadiri sesuatu upacara di dewan, tidak dibenarkan berdiri dan berjalan-jalan di koridor atau di luar dewan semasa sesuatu upacara dijalankan di dalam dewan. Pelajar hanya dibenarkan keluar dari dewan selepas tamat upacara tersebut.
19. Penggunaan Bas / Van
Bas boleh ditempah oleh mana-mana kumpulan pelajar melalui guru penasihat masing-masing.
Semasa menggunakan bas, pelajar-pelajar hendaklah cermat dan mengikut arahan guru penasihat / pemandu bas / van.
Pelajar hendaklah beratur semasa menaiki dan semasa turun dari bas / van.
Pelajar hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan kebersihan di dalam bas / van.
Pihak sekolah berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.
20. Penggunaan Bilik-bilik Khas
Bilik-bilik khas ditakrifkan sebagai bilik-bilik yang telah dikhaskan bagi satu-satu tujuan seperti pusat sumber dan sebagainya.
Bilik-bilik ini hanya boleh digunakan dengan kebenaran khas Guru Penyelaras yang bertanggungjawab ke atas bilik-bilik berkenaan.
Patuhi peraturan bilik-bilik khas apabila berada di bilik tersebut.
21. Peraturan-peraturan Di Bangunan Sekolah
Pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian seragam sekolah selengkapnya pada tiap-tiap hari sekolah dan bila berada di kawasan dan bangunan sekolah pada waktu yang ditetapkan.
Semua pelajar dikehendaki berada di tempat perhimpunan atau Dewan Dagang selewat-lewatnya pada jam 7.20 pagi. Pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing dan senyap. Pelajar juga dikehendaki beratur apabila masuk ke kelas masing-masing.
Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas, di makmal, di koridor atau tangga sebelum waktu belajar atau pada waktu rehat kecuali pelajar-pelajar yang bertugas membersihkan kelas masing-masing.
Pelajar yang hendak keluar dari kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah mendapatkan Kad Kebenaran Keluar Kelas dari KetuaTingkatan atau guru matapelajaran pada waktu itu.
Berjalan-jalan tanpa tujuan di koridor, dan lain-lain kawasan sekolah adalah dilarang.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah atau di dalam bilik-bilik khas.
Pelajar – pelajar dikehendaki senyap ketika berada di perhimpunan, kelas, makmal, perpustakaan, dewan dan tandas. Menyanyi, bersiul dan bersorak adalah ditegah di dalam kawasan sekolah.
Pelajar – pelajar tidak dibenarkan memasuki makmal, perpustakaan atau bilik guru, pejabat dan bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru-guru berkenaan.
Pelajar-pelajar yang pergi ke makmal, bengkel, perpustakaan atau bilik bilik khas dikehendaki berjalan dalam barisan dengan senyap.
Bilik darjah, makmal, perpustakaan, bilik-bilik khas dan lain-lain hendaklah dijaga kebersihannya oleh pelajar-pelajar.
Pelajar hendaklah sentiasa membuang sampah di dalam tong sampah.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di tempat-tempat meletakkan kereta dan motosikal.
Pelajar-pelajar dilarang merosakkan harta sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, cermin tingkap, alat pemadam api dan lain-lain.
Pelajar-pelajar di sesebuah kelas adalah bertanggungjawab menjaga semua alatan yang diberikan oleh penyelenggara stor dengan baik. Kehilangan dan kerosakan akan diganti oleh pelajar berkenaan.
Alatan di makmal, bengkel dan perpustakaan yang dirosakkan/dihilangkan oleh pelajar hendaklah digantikan oleh pelajar berkenaan.
Pelajar-pelajar adalah dilarang sama sekali menconteng mana-mana bahagian bangunan atau peralatan sekolah.
22. Perpustakaan
Pelajar-pelajar dikehendaki mematuhi setiap arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Guru Perpustakaan berhubung dengan cara penggunaan perpustakaan.
23. Persatuan / Kelab
Semua pelajar diwajibkan menjadi ahli koperasi sekolah.
Setiap pelajar dikehendaki menjadi ahli satu persatuan dan kelab dan satu pasukan unit beruniform
Semasa menjalankan aktiviti persatuan, pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian sukan. Bagi pasukan unit beruniform, pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian rasmi unit masing-masing.
24. Bayaran
Jumlah bayaran adalah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
Bayaran akan dipungut oleh Guru Tingkatan. Sila dapatkan resit rasmi sekolah bagi setiap bayaran.
Surat peringatan akan dihantar kepada ibu bapa / waris jika pelajar lewat menjelaskan bayaran yang ditetapkan.
25. Sakit Dan Penyakit Berjangkit
Pelajar yang sakit / cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Kelas.
Guru Bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar asrama ke poliklinik atau hospital kerajaan.
Pelajar yang tinggal di luar hendaklah pergi ke klinik / hospital bersama ibu bapa / penjaga masing-masing.
26. Permainan Dan Sukan
Setiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian sekurang-kurang satu jenis permainan kecuali mereka yang tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Pegawai Perubatan.
27. Kecemasan
Tanda kecemasan adalah apabila loceng dibunyikan berpanjangan berturut-turut.
Pelajar hendaklah mematuhi arahan – arahan kecemasan yang diedarkan dari masa ke semasa.
28. Berjumpa Pengetua / Datang Ke Pejabat
Pelajar-pelajar dibenarkan berjumpa Pengetua atau datang ke pejabat sekolah setelah mendapat kebenaran Guru Tingkatan atau Guru Penasihat.
29. Melaporkan Perbuatan Yang Melanggar Peraturan Sekolah
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar melaporkan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak atau kumpulan pelajar yang didapati bertentangan dengan peraturan sekolah.
30. Keselamatan Harta Benda Peribadi
Setiap pelajar bertanggungjawab di atas keselamatan harta benda masing-masing.
Pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membawa barang-barang berharga, senjata atau alat-alat yang boleh digunakan sebagai senjata.
Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan harta benda peribadi pelajar.
Pada satu-satu masa seorang pelajar hanya dibenarkan menyimpan RM20.00 dalam simpanan sendiri. Wang yang lebih hendaklah diserahkan kepada Guru Tingkatan / Guru Penasihat dengan cara yang ditetapkan. 31. Peraturan Membawa Kenderaan Ke Sekolah
Setiap pelajar yang membawa kenderaan ke sekolah hendaklah menyerahkan dokumen berikut kepada Guru Keselamatan :
31.1.1 Salinan Lesen Memandu
31.1.2 Salinan Hak Milik Kenderaan / Geran
Surat Kebenaran Ibu Bapa untuk membawa kenderaan ke sekolah
Penunggang motosikal dikehendaki meletakkan motosikal masing-masing di tempat meletak motosikal yang disediakan pihak sekolah iaitu di kawasan berpagar (diluar pagar sekolah- bekas tapak rumah kakitangan staf sokongan.)
- Kawasan meletak motosikal akan dikunci pagarnya oleh pengawal keselamatanpada pukul 7.30 pagi. Pelajar yang datang lewat tidak dibenarkan meletak
motosikalnya di kawasan tersebut. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan/kerosakan motosikal yang diletakkan di luar
kawasan yang ditetapkan.
- Penunggang motosikal hendaklah meletakkan topi keledar pada motosikal masing-masing dengan menguncinya.
- Penunggang dan pembonceng motosikal mesti memakai topi keledar. Penunggang motosikal lelaki tidak dibenarkan membonceng pelajar perempuan dan sebaliknya.
- Hanya kenderaan yang berdaftar dengan pihak sekolah dan mempunyai pelekat kenderaan sekolah sahaja yang dibenar diletakkan di kawasan sekolah yang ditetapkan. Pelajar hendaklah mengisi borang kebenaran membawa kenderaan ke sekolah.
Pelajar hendaklah meletak kenderaan masing-masing di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan teratur.
Pelajar dinasihatkan untuk tidak meninggalkan benda berharga di dalam kenderaan. Kenderaan hendaklah dikunci. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecurian atau kerosakan.
Sentiasa mematuhi peraturan jalanraya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
32. Barang-barang Yang Dilarang Dibawa Ke Sekolah/Asrama
32.1 Semua bahan yang berkaitan dengan perkara tatatertib yang dianggap berat seperti
32.2 Telefon bimbit / PDA / charger / bateri
32.3 Semua jenis alat solek
32.4 Pakaian atau perhiasan yang dilarang dipakai dalam kawasan sekolah
- baju / seluar pendek / ketat
- semua jenis jeans
- berlambang parti politik /minuman keras /ajaran sesat (skin head dll)
- wax / gel / clay / hair styler
- barang kemas
- tali pinggang buckle besar / bercorak
- minyak wangi
32.5 Pemadam cecair atau liquid paper
32.6 Majalah hiburan /lucah / bukan ilmiah
32.7 CD yang tidak berkaitan dengan P & P
32.8 Barang berharga, senjata atau alat-alat yang boleh digunakan sebagai senjata
32.9 Kad sim, ‘memory card’, media player
32.10 Permainan daun / UNO dan yang seumpamanya
32.11 Alat-alat elektrik
32.12 Radio / walkman / discman / alat perakam suara / audio CD
32.13 Game boy / Portable playstation dan yang seumpamanya
32.14 Kamera digital / ‘video camera’ / ‘handy cam’ **
32.15 Pemetik api / mercun / bahan letupan
32.16 Gambar berpasangan / surat cinta
32.17 Komputer riba (laptop)
32.18 Lain-lain barang yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
** Diberi kebenaran jika ada majlis rasmi tertentu sahaja / aktiviti P&P
33. Menyampaikan Berita Kecemasan
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyampaikan berita kecemasan sendiri atau melalui kawannya kepada ibu bapa / penjaga.
Segala berita kecemasan hendaklah disampaikan kepada HEM atau Guru Bertugas untuk disampaikan kepada ibu bapa / penjaga masing-masing.
34. Pelawat
Pelawat yang ingin berjumpa dengan pelajar hendaklah mendapatkan Pas Pelawat dan Memo Pelawat dipondok pengawal terlebih dahulu.
Pelawat yang ingin berjumpa dengan pelajar hendaklah berjumpa dengan Pengetua terlebih dahulu.
35. Hukuman
Apabila seorang atau sekumpulan pelajar di dapati melanggar peraturan sekolah , maka hukuman berikut boleh dikenakan :
35.1.1 Amaran
35.1.2 Khidmat sosial
35.1.3 Rotan
35.1.5 Gantung sekolah
35.1.6 Buang sekolah
35.1.7 Lain-lain hukuman yang difikirkan munasabah oleh Pengetua.
Pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah/asrama juga akan dikenakan demerit berdasarkan Sistem Poin. Nama pelajar yang melakukan kesalahan berat akan diumumkan sewaktu perhimpunan rasmi oleh guru bertugas.
Pelajar-pelajar yang didapati kerap melanggar peraturan, perihalnya akan dilaporkan ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran dan dalam kes-kes serius akan dilaporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan.
Pelajar juga akan dirujuk kepada kaunselor untuk pemulihan.
36. Hukuman Yang Boleh Dikenakan Oleh Lembaga Pengawas
Lembaga Pengawas jika perlu boleh menjatuhkan hukuman-hukuman berikut :
36.1.1 Amaran
36.1.2 Lain-lain hukuman yang dibenarkan oleh Pengetua. |