
TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SMTPJB ATAS PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

INFO SEKOLAH KLUSTER
SEMOGA DENGAN KEJAYAAN INI MENJADI INSPIRASI DAN MOTIVASI KEPADA SELURUH WARGA SEKOLAH UNTUK BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH DAN SENTIASA BERKERJASAMA ...
HARI BERTEMU PELANGGAN
Pihak pengurusan SMTPJB membuka ruang kepada masyarakat untuk bertemu dengan para pentadbir dan guru-guru bagi mengemukakan sebarang masalah , pertanyaan dan cadangan kepada kami. Semoga dengan pertemuan tersebut dapat membantu SMTPJB meneruskan kecemerlangan.
Setiap Hari Rabu / 8.30 - 9.30 pagi / Pejabat Sekolah
PORTAL e-PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN 2010
KURSUS MOTIVASI DAN TEKNIK BELAJAR GURU DAN PELAJAR
3 & 4 MAC 2010
DEWAN DAGANG SMTPJB
PENCERAMAH : DR. SHAUN ZENG ( UNIV. OXFORD )




KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMTPJB KE-19 2010
27 Februari 2010
Kejohanan Sukan Tahunan SMTPJB Kali ke 19 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan oleh warga SMTPJB. Kejohanan sukan kali ini telah dirasmikan oleh Encik Nordin Bin Jadi, iaitu seorang atlet olahraga kebangsaan. Program bermula tepat pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Tuan Pengetua Encik Chia Song Choy begitu berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga SMTPJB dan menganggapnya sebagai kejohanan sukan terbaik sepanjang beliau berkhidmat. Tahniah diucapkan !! Keputusan rasmi :
JOHAN : GAMMA / N.JOHAN : BETA / KETIGA : ALFA / KEEMPAT : SIGMA
MAJLIS PENYERAHAN ANG PAU OLEH TUAN PENGETUA
22 Februari 2010



Tuan Pengetua Encik Chia Song Choy telah sudi memberikan Ang Pau kepada seluruh pelajar SMTPJB sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Beliau juga telah menerangkan sejarah dan latar belakang Ang Pau di dalam budaya masyarakat cina dan ini sesuai dengan semangat 1 Malaysia yang ditekankan oleh kerajaan. Guru-guru juga telah menerima Ang Pau tersebut. Seluruh warga SMTPJB mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua.
SUKANTARA DAN ACARA AKHIR
2 - 11 Februari 2010





MINGGU SILATURRAHIM PALAJAR TINGKATAN 4
25 - 28 JANUARI 2010


HARI PENDAFTARAN PELAJAR TING. 4 DAN TAKLIMAT IBUBAPA



Tanggal 25 Januari 2010 ( Isnin ) menyaksikan warga SMTPJB menerima kehadiran ahli keluarga baru iaitu pelajar tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2010. Ibu bapa dan penjaga bersama anak masing-masing telah datang seawal 7.45 pagi untuk bersama-sama mendengar taklimat sekolah dari Tuan Pengetua dan PIBG sebelum menjalani proses pendaftaran. Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, hanya dua jurusan ditawarkan iaitu teknikal dan vokasional. Tiada lagi kursus kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik. Pelajar baru akan mengikuti program Minggu Silaturrahim yang bermula Selasa hingga Khamis ini. Selamat menjadi ahli keluarga DAGANG ..!!
PELANCARAN KEMPEN B.A.C.A DAN PROGRAM NILAM

klik untuk masuk ke Blog PSSMTPJB dan saksikan video NILAM
LARIAN MERENTAS DESA


Larian Merentas Desa telah selesai dijalankan pada 16 Januari 2010 yang lalu. Seramai hampir 400 pelajar tingkatan 5 telah menyertai acara tersebut. Keputusan akhir menyaksikan pasukan Rumah Alfa telah menjuarai acara larian diikuti Sigma, Gamma dan Beta. Penyampaian piala pusiangan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Tahniah kepada mereka yang berjaya..!
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS


Pada 11 Januari 2010 , Majlis Perlantikan Pengawas SMTPJB telah diadakan di Dewan Dagang. Barisan pengawas pada tahun ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Shafiq bin Mahiran dan mereka telah berikrar untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Moga barisan pengawas pada tahun ini dapat mempamerkan contoh terbaik untuk seluruh pelajar SMTPJB.Tahniah !
HARI TERBUKA TINGKATAN 5


Pada 9 Januari 2010 yang lalu, Hari Terbuka Tingkatan 5 telah diadakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga pelajar mengetahui prestasi akademik anak mereka khususnya keputusan peperiksaan akhir tahun 2009 yang lalu. Sambutan daripada ibu bapa agak memuaskan dan ini menunjukkan para ibu bapa semakin prihatin terhadap pencapaian anak mereka di sekolah.
KURSUS RE-ORIENTASI : KEINDAHAN BERSAMAMU


Sepanjang 3 hari bermula 5 hingga 7 Januari 2010 , seramai 400 pelajar tingkatan 5 telah melalui satu pengalaman berharga di dalam program Re-Orientasi Keindahan Bersamamu yang telah dikendalikan oleh Team KRJ. Ia bertujuan untuk membangunkan sahsiah dan motivasi pelajar tingkatan 5 sebelum memulakan sesi persekolahan 2010 sepenuhnya. Semoga kursus ini berupaya menyuntik semangat baru di kalangan pelajar untuk berubah ke arah yang lebih baik dari aspek sahsiah dan akademik , menjadi seorang anak yang soleh dan solehah, menjadi pelajar yang menghormati guru dan dahagakan ilmu serta menjadi rakan yang menyayangi rakan demi cita-cita untuk meraih kecemerlangan.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010


4 Januari 2010 merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan 2010. Pihak sekolah telah dilawati oleh Tn. Hj. Omar bin Salleh, Penolong Pengarah Unit Dakwah SPI JPNJ yang bertindak sebagai pegawai pemantau bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada hari pertama persekolahan. Perjalanan hari pertama persekolahan adalah lancar dan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan. Tahniah kepada seluruh warga SMTPJB. Marilah kita berusaha dengan lebih gigih untuk meraih kecemerlangan..
ARKIB BERITA 2009
klik sini
LAWATI KAMI..


 |