SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

 

 

 

BIDANG KEBITARAAN AKADEMIK

KEUSAHAWANAN  

 

HALATUJU BIDANG KEBITARAAN AKADEMIK:

VISI

Merealisasikan Kecemerlangan Dalam Bidang Perdagangan Menjelang 2013

 

HALATUJU BIDANG KEBITARAAN AKADEMIK:

 MISI

Melahirkan pelajar yang kompeten khususnya dalam bidang perdagangan dengan penggemblengan sumber secara optimum dan kolektif.

 

 

LATAR BELAKANG PROGRAM

Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru mula dibuka pada Januari 1984 sebagai Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan yang khusus menawarkan kursus Perdagangan bagi pelajar-pelajar aliran vokasional.  Pada tahun 1996 selaras dengan penaikkan taraf sekolah menengah vokasional kepada sekolah menengah teknik; kursus Perdagangan aliran teknikal mula ditawarkan.  Sejak pembukaannya, para pelajar sekolah ini sememangnya cemerlang dalam mata pelajaran elektif aliran Perdagangan seperti Prinsip Perakaunan, Perdagangan dan Pengajian Keusahawanan.  Semua warga sekolah, merangkumi para pelajar, guru dan kakitangan sokongan adalah ahli Koperasi Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru.  Sejak penubuhannya pada 1986, Koperasi Sekolah Menengah Teknik Perdagangan  Johor Bahru telah meraih pelbagai anugerah iaitu Naib Johan Koperasi Terbaik Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor pada 1990 dan Anugerah Koperasi Lima Bintang Sekolah-sekolah Malaysia pada 2008.  Semua aktiviti koperasi sekolah diuruskan sendiri oleh para pelajar dengan bimbingan para guru.  Selain pasar mini, koperasi sekolah ini juga menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan fotokopi dan penjilidan, dobi  serta warung. 

Aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar di sekolah ini telah bermula sejak 1991 melalui program usahawan muda dibawah Kelab Keusahawanan dan Kepenggunaan.  Para pelajar diberi peluang menubuhkan firma perniagaan sendiri dalam kumpulan lima  hingga sepuloh orang dengan seorang guru penasihat.  Mereka menjalankan pelbagai jenis perniagaan di kawasan sekolah pada setiap hujung minggu dan pada majlis-majlis tertentu di sekolah.  Mulai 1993, para pelajar sekolah ini mula menyertai Program Tunas BISTARI yang dikelolakan oleh Perbadanan Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor, sehinggalah ke hari ini.  Walaupun belum pernah meraih apa-apa anugerah, penyertaan pelajar dalam program ini  telah berjaya memupuk dan membina minat mereka dalam bidang keusahawanan.   Pada Januari 2009,  sekolah telah memulakan projek ternakan ikan keli dalam sangkar di bawah program School Enterprise

Dari data yang berjaya dikumpulkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, tidak kurang dari 15% alumni sekolah adalah terdiri daripada usahawan yang berjaya.   Dari kalangan mereka ada yang telah dianugerahkan sebagai Usahawan Jaya (MARA)

Penglibatan pelajar sekolah ini dalam kawad kaki amat menggalakkan.  Kawad Kaki bukan sahaja menjadi program rutin semasa perbarisan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah dan aktiviti mingguan Unit-unit Beruniform, tetapi juga telah berupaya mengharumkan nama sekolah di peringkat Daerah Johor Bahru, Negeri dan Kebangsaan.

Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang berdaya saing dan mampu meneroka kekayaan baru serta sejajar dengan Falsafah Pelajaran Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik, berketrampilan dan berdediakasi, sekolah ini telah memilih Program Keusahawanan dan Program Kawad Kaki sebagai program kebitaraan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru.

OBJEKTIF

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri usahawanan yang mampu mengurus sesuatu aktiviti dengan berkesan.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh memenuhi keperluan sumber manusia yang lebih berfokus kepada bidang keusahawanan.
  • Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran elektif perdagangan dalam peperiksaan SPM.
  • Meningkatan pencapaian pelajar dalam pertandingan yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.

 

 

 

BIDANG KEBITARAAN KOKURIKULUM

KAWAD KAKI

 

HALATUJU BIDANG KEBITARAAN KOKURIKULUM: 

VISI

Menerajui kemahiran kawad kaki dalam kokurikulum bagi mengembangkan potensi dan memantapkan disiplin  dan sahsiah menjelang 2011

                    

HALATUJU BIDANG KEBITARAAN KOKURIKULUM:

 MISI

Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam kawad kaki dengan penggemblengan sumber secara optimum dan kolektif

 

 

OBJEKTIF

  • Semua unit bertanding dalam pertandingan kawad kaki di peringkat daerah dengan pencapaian Johan di peringkat daerah dan negeri dan mendapat 3 tempat teratas  di peringkat kebangsaan.pada tahun 2011.
  • Warga sekolah mempunyai kemahiran kawad kaki.
  • Membentuk jati diri, disiplin dan sahsiah yang jitu dan mampan. .
  • Meningkatkan kepakaran guru dalam bidang kawad kaki dan menjadi rujukan guru-guru lain di Johor

 

 

 

 

Ke laman utama

 

 

PENAFIAN:

Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Semoga semua pihak beroleh manfaat. Terima kasih.


Hakcipta Terpelihara © SM Teknik Perdagangan Johor Bahru 2008. Hubungi Webmaster : 019-7764359