PIAGAM PELANGGAN

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN

JOHOR BAHRU

 

 

Sebagai sebuah institusi pendidikan, kami dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk bangun membina bangsa yang berkualiti.

Kami berjanji akan membangunkan anak didik yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelek dan social serta cemerlang dan berwawasan melalui perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  • Memberi perkhidmatan dan layanan yang cekap, dinamik, amanah  serta adil dan saksama kepada semua pihak yang berkenaan.
  • Menyemai nilai-nilai murni dan melahirkan anak-anak didik yang berakhlak mulia, berdisiplin serta mempunyai jati diri yang kukuh dan mantap.
  • Memberi ilmu dan latihan kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional selaras dengan perkembangan teknologi dan perkembangan semasa industri.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar bersesuaian dengan tuntutan professional pendidikan iaitu dedikasi, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Menyediakan prasarana pendidikan yang mencukupi dan sesuai dengan keperluan disamping sentiasa mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat, ceria dan penyayang.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan imej SM Teknik Perdagangan sebagai lambing keutuhan dan kegemilangan Jabatan Pelajaran Teknikal dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

 

 

 

 

Ke laman utama

 

 

PENAFIAN:

Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Semoga semua pihak beroleh manfaat. Terima kasih.


Hakcipta Terpelihara © SM Teknik Perdagangan Johor Bahru 2008. Hubungi Webmaster : 019-7764359